Pages

Monday, 9 November 2015

Vape. Haram atau Tidak??

Vape, rokok elektrik atau pun dikenali sebagai e-cigarette dah banyak dan 'famous' digunakan oleh remaja2 sekarang ni. Tak kira usia mahupun jantina ! Kengkadang tengok manusia-manusia yang hisap vape ni dah jadi macam lambang kebanggaan pun ada. Pelik pelik.... haihh.

Vape ni sebenarnya merbahayakan kesihatan sebab terdapat kandungan cecair Propylene Glycol dan nikotin yang boleh menyebabkan kulit kering & kahak pekat berkumpul kat bahagian tekak. Kalau kahak dah berkumpul terlalu banyak dan tak reti2 nak buang maka jadilah kuman. Bila dah jadi kuman, kulat apa semua maka penghisap vape yang dihormati sekalian akan sakit lepastu, padan lah muka sapa suruh hisap. Hahahahaha. Kalau dah memudaratkan kesihatan tu jadi secara ringkasnya, HARAM. 

Okay, memang lah bau asapnya tu sedap untuk dihidu. Bau mcm chewing gum, perfume apa semua tapi, kalau dah sekali hembus tu boleh diibaratkan macam jin keluar dari teko ajaib... haa elok ke?
Pastu duduk kat tempat awam. Ada budak2 kecil, makcik pakcik yang kita taktahu kesihatannya tu elok ke 50-50. Pastu hembus asap jin kat depa. Lepastu tetiba depa sesak nafas. Hang nak hantar depa masuk hospital, bayarkan bil perubatan semua kaaaa? Tapi aku rasa korang semua mampu kot. Alah setakat berapa hinggit apa jaa. Kau mampu je beli vape beratus ratus. Kan? Lepastu ada pulak hembus ikut hidung macam iklan kerbau panas tu. Fuhhhh hebat hebat belaka lah remaja sekarang ni. Yang lagi hebat, wanita muslimah ber-handsocks tu yang hembus kat hidung. Keluar pulak article "Kenapa nak pandang rendah terhadap perempuan hisap vape?" Hahahhahahahahahahahahaha. Lagi hebat. Hebat menjatuhkan maruah kaum hawa sendiri !

Lepastu baru2 ni ada pulak perisa soya, laici. Milo ais takde ke? Hm. Daripada hangpa hisap vape tukar2 perisa, baik beli je lah air kotak kat Giant perisa soya, laici, kundo, ice lemon tea. At least daat meredakan tekak yang dahaga. Sedap pun sedap. Memang berbaloi lah. Kalau vape? Sedut asap, buang asap. Kenyang ke? Asap tu kan makanan jin. Diulang sekali lagi, MAKANAN JIN. Kan dah membazir. Kalau dah membazir tu maksudnya, HARAM.

Ni ada pulak orang2 kerajaan kata tak haram. Pastu anak menteri jadi icon belia vape pun ada. Aduiiii apa nak jadi *tepuk dahi*. Dunia akhir zaman. Taktahu nak cakap macam mana dah. Mufti2 pun ada yang kata benda itu haram. Benda2 ni semua haram bukan sebab mengandungi babi ke apa. Tapi, sebab ianya, memudaratkan kesihatan, membazir, tidak mendatangkan faedah walau 1% dan LAGHO.  
Jadi, all the points here shows that vape is haram ye brothers & sisters sekalian. Laburkan lah duit untuk kegunaan masa depan. Belanja lah mak bapak. Dapat pahala pun iye sebab menggembirakan ibu dan ayah. So? The answer is in your hand. Choose it wisely. Allah kurniakan kita akal, gunakan lah sebaik mungkin. Bukan sekadar vape je. Rokok pun sama. Rokok dah terang2 memang haram. Dah lah busuk. Hisap bukan kenyang apa. Tak cool langsung ko tahu tak ?!! Kalau nak cepat mampus, teguk lah asid pH 1 ke. Kan elok. Mulut berbuih, pastu ..... haa lagi mempercepatkan proses nak mati. Lagipun kan sekarang rokok dah mahal. Jangan lah beli. 

Sampai sini je saya nak kongsi pendapat tentang benda2 ni semua. Harap2 sesiapa yang membaca ni berhenti lah merokok / "vape on" tu ye ! Hidup bebas tanpa vape ! Majulah anak bangsa demi masa depan negara !! ehh lebih2 pulak hehe ok selamat beramal. Assalamualaikum :)

Tuesday, 30 December 2014

The End of 2014

Hi guys!

MasyaAllah tak ingat langsung yang aku ada blog rupanya hahaha. Alaaaa ada ke tak sama je. Bukan ada yg nak baca. Cerita dekat diri sendiri je ni kehkehkeh. 

Okay lagi 2 hari nak masuk tahun 2015. Well actually i'd like to tell some of my journey in this 2014. 2014, aku form3. Ada benda yang menggembirakan and ada jugak yg 'memilukan' jiwa dan ragaku ini. 2014 also such a weird year for me bcs i've been through a lot of new things within a year. Tahun ni first time jadi commander krs dan alhamdulillah dapat tempat ke-3. InsyaAllah tahun depan no2 dan terus ke no1. Aamin ~~~

2014 also taught me to be tough at choosing friend and trusting people. And don't simplify to judge people. Tahun ni lah aku dapat tengok sebahagian daripada diorang punya "true colours". Tahun ni jugak i find myself kurang bercakap sangat. Maybe sebab dah matang kot. huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu

2014, aku first batch hadap pt3 yg macam *some texts missing*. Ujian lisan English and Bm mmg okay. Tapi sains? masyaAllah. Engko baca lah buku tu sebulan ke setahun ke macam takde guna. Hahaha. Tapi apa-apa pun alhamdulillah result pun memuaskan walaupun bukan macam apa yg diharapkan. Tapi okaylah daripada "sesetengah budak" yg pernah cakap aku 'kurang cerdik' tu last last result depa semua lagi nauzubillah.

Tahun depan im going to be 16 (yay not yayyy) taktahu lah apa nak jadi, Harap-harap lebih baik daripada tahun ni, insyaAllah. Look forward for the best future of mine. Ok dah habis cerita. Bye !

Thursday, 20 December 2012

✳Beautiful ! Fabulous ! Attractive !✳

Hay.Hoi.Assalamualaikum.
Fuhhhh.. Nampak tak ? DoubleTriple WOW ! MasyaAllah ! Gorgeous ! I really want it :\ Haishhh.. Nafsu aku berkocak woii. Sabar doe , sabarr. Jaga iman leklok, Zana -,- Nanti aku dah besar entah-entah ada lagi canggih. Pakai mata jee, maybe. Hahahahahahaaaa ! Sorry, aku dah gila sebab natang nii -,- WaduhhWaduhh. Dah ! Dah ! Fullstop. Fullstop !

Tuesday, 18 December 2012

Rahsia Kebijaksanaan Yahudi

❖ Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

❖ Antara data-data yang dikumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi, cuba bandingkan dengan kaum-kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, Semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau. Sejak awal mengandung beliau gemar memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

❖ Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

❖ Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah *Kita ditipu*.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).

❖ Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, Makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (seperti senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar maeamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang !!

❖ Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini?

❖ Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

❖ Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

❖ Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai ‘Mengapa saya gemarkan tomato!’Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

 by: Dr Stephen Carr Leon


P/s- I'd like to share this info to u guys. We can use this useful info in the future, InsyaAllah. Ok lahh, byee and Assalamualaikum ツ

Wednesday, 14 November 2012

★ Awal ℳuharam ★

Assalamualaikumwarahmatullah,
Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam :`D Kuatkan semangat untuk menempuhi tahun baru dan azam baru ! Semoga hari-hari kita diberkati Allah S.W.T :`) Semua orang mesti ada azam baru, kan ? Azam baru aku pada 1434H ? Jeng..Jeng..Jeng.. Mesti lah nak yang baik-baik jee kann :`) Hmm, aku harap tahun depan aku tak dapat kawan yang Talam Dua Muka lagi. Kadang-kadang, memang kita nampak orang tu baik depan kita, senyum depan kita, ketawa dengan kita, TAPI dalam masa yang sama, diorang kutuk-kutuk kita. Manalah tahu, time aku tak datang sekolah, bukan main rancak diorang kutuk aku kann. Jangan ingat aku tak tauu :`) Yang kedua, aku harap orang disekeliling aku senang dengan sikap aku yang Sengal and Sawan nii. Sorry, aku banyak buat korang saket kepale sebab kene layan perangai bengong aku ni. Manusia tak pernah lari dari masalah. and ape yang baik tu semua datang dari Allah dan ape yang buruk tu semua datang dari diri kita sendiri, kan ? Cehhh.. padan jee aku cakap. Tapi memang betol lah kan ? -,- Hmmm.. Azam aku yang ke-tiga, empat sampai seratus pulak, Biar lee rahsia. Biarlah hanya Allah sahaja yang tahu :`D K, see those Azam ? Haa.. Azam ke tuu ? Bukan Harapan ke? Ahh.. lantak laah. Same je kann ? -,-' hmm, ni aku dah cerite ni, KAU tak payah lah nak Kutuk aku dalam Blog/Group kau pulak yee :* aku cerite pasal 'tarikh cantik' salah, aku cerite pasal 'crush' salah, aku cerite pasal diri aku pon salah ? Ehh.. elak aku sepak kau sampai mampos nii je kang ! Kesabaran aku ada tahapnye :`) Sabar Zana, sabarrrrr. So now, what I hope is just to be a good girl. InsyaAllah, aminnnn ! :D Pray the best for me. See yall next time,InsyaAllah. Goodbye and Assalamualaikum :*

Thursday, 8 November 2012

Baru lagii

Assalamualaikumwarahmatullah ,
Im newbie. Nenek kau yang tolong buatkan blog ni. Problemsssss ? *angkat-angkat kening*