Vape, rokok elektrik atau pun dikenali sebagai e-cigarette dah banyak dan 'famous' digunakan oleh remaja2 sekarang ni. Tak kira usia mahupun jantina ! Kengkadang tengok manusia-manusia yang hisap vape ni dah jadi macam lambang kebanggaan pun ada. Pelik pelik.... haihh.
Vape ni sebenarnya merbahayakan kesihatan sebab terdapat kandungan cecair Propylene Glycol dan nikotin yang boleh menyebabkan kulit kering & kahak pekat berkumpul kat bahagian tekak. Kalau kahak dah berkumpul terlalu banyak dan tak reti2 nak buang maka jadilah kuman. Bila dah jadi kuman, kulat apa semua maka penghisap vape yang dihormati sekalian akan sakit lepastu, padan lah muka sapa suruh hisap. Hahahahaha. Kalau dah memudaratkan kesihatan tu jadi secara ringkasnya, HARAM.
Okay, memang lah bau asapnya tu sedap untuk dihidu. Bau mcm chewing gum, perfume apa semua tapi, kalau dah sekali hembus tu boleh diibaratkan macam jin keluar dari teko ajaib... haa elok ke?
Pastu duduk kat tempat awam. Ada budak2 kecil, makcik pakcik yang kita taktahu kesihatannya tu elok ke 50-50. Pastu hembus asap jin kat depa. Lepastu tetiba depa sesak nafas. Hang nak hantar depa masuk hospital, bayarkan bil perubatan semua kaaaa? Tapi aku rasa korang semua mampu kot. Alah setakat berapa hinggit apa jaa. Kau mampu je beli vape beratus ratus. Kan? Lepastu ada pulak hembus ikut hidung macam iklan kerbau panas tu. Fuhhhh hebat hebat belaka lah remaja sekarang ni. Yang lagi hebat, wanita muslimah ber-handsocks tu yang hembus kat hidung. Keluar pulak article "Kenapa nak pandang rendah terhadap perempuan hisap vape?" Hahahhahahahahahahahahaha. Lagi hebat. Hebat menjatuhkan maruah kaum hawa sendiri !
Lepastu baru2 ni ada pulak perisa soya, laici. Milo ais takde ke? Hm. Daripada hangpa hisap vape tukar2 perisa, baik beli je lah air kotak kat Giant perisa soya, laici, kundo, ice lemon tea. At least daat meredakan tekak yang dahaga. Sedap pun sedap. Memang berbaloi lah. Kalau vape? Sedut asap, buang asap. Kenyang ke? Asap tu kan makanan jin. Diulang sekali lagi, MAKANAN JIN. Kan dah membazir. Kalau dah membazir tu maksudnya, HARAM.
Ni ada pulak orang2 kerajaan kata tak haram. Pastu anak menteri jadi icon belia vape pun ada. Aduiiii apa nak jadi *tepuk dahi*. Dunia akhir zaman. Taktahu nak cakap macam mana dah. Mufti2 pun ada yang kata benda itu haram. Benda2 ni semua haram bukan sebab mengandungi babi ke apa. Tapi, sebab ianya, memudaratkan kesihatan, membazir, tidak mendatangkan faedah walau 1% dan LAGHO.
Jadi, all the points here shows that vape is haram ye brothers & sisters sekalian. Laburkan lah duit untuk kegunaan masa depan. Belanja lah mak bapak. Dapat pahala pun iye sebab menggembirakan ibu dan ayah. So? The answer is in your hand. Choose it wisely. Allah kurniakan kita akal, gunakan lah sebaik mungkin. Bukan sekadar vape je. Rokok pun sama. Rokok dah terang2 memang haram. Dah lah busuk. Hisap bukan kenyang apa. Tak cool langsung ko tahu tak ?!! Kalau nak cepat mampus, teguk lah asid pH 1 ke. Kan elok. Mulut berbuih, pastu ..... haa lagi mempercepatkan proses nak mati. Lagipun kan sekarang rokok dah mahal. Jangan lah beli.
Sampai sini je saya nak kongsi pendapat tentang benda2 ni semua. Harap2 sesiapa yang membaca ni berhenti lah merokok / "vape on" tu ye ! Hidup bebas tanpa vape ! Majulah anak bangsa demi masa depan negara !! ehh lebih2 pulak hehe ok selamat beramal. Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment